WELCOME 2020





WELCOME 2020





Assalamualaikum semua warga SUBEST.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2020, dekad baru. Semoga perjalanan untuk tahun ini sentiasa dirahmati. 

Kami berharap semua pembaca blog akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik saja.
Tahun ini merupakan tahun bermulanya kempen membaca di SMK Subang Bestari dan sekaligus kami ingin melancarkan #subestmembaca2020. Kempen ini bagi menyahut usaha ke  arah menjadikan Malaysia negara membaca menjelang 2030. Kempen ini pada mulanya telah dilancarkan pada Disember 2018 oleh Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia. 

Sebagai langkah pertama, pihak PSS telah mengambil inisiatif dengan membuat pengubahsuaian ruang dalam agar menepati keperluan semasa serta memenuhi pertambahan pengunjung di PSS. Beberapa ruang baru diwujudkan dan diperbanyakkan bagi membolehkan warga SUBEST melakukan aktiviti membaca dan menelaah dengan selesa. 


Kami sangat berharap agar usaha murni ini akan menarik minat para pelajar serta warga SUBEST untuk terus menggunakan PSS sekaligus merancakkan kempen membaca kerana kami percaya membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta menjadikan SUBEST warga berilmu.


#subestmembaca
#subestmembaca2020
#lovereading





Comments