TAHUKAH ANDA: NILAI MURNI KASIH SAYANG







Nilai-nilai murni merupakan nilai baik yang perlu ada dalam diri seseorang. Nilai baik ini perlu dipupuk, diterapkan dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa bagi membentuk seseorang manusia yang pastinya menjadi aset kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Kemenjadian manusia yang baik perlu melalui proses manusiawi yang mana dijiwai dengan perilaku yang baik dalam pergaulan, perbuatan serta pertuturan. 



PSS akan memberikan highlight pada tingkah laku yang sering berlaku di sekolah yang bersesuaian dengan tema nilai bulanan.




Bulan Januari 

Nilai Murni: Kasih Sayang

Penerapan nilai : 


  • Jauhi buli
  • Prihatin terhadap jiran tetangga
  • Ihsan 
  • Mencintai alam sekitar



Buli👀

Buli merupakan tindakan menggertak, memaksa dengan kasar atau menjatuhkan seseorang dengan fizikal secara kasar terhadap individu yang lemah(buli fizikal). Buli boleh juga terjadi terhadap seseorang kepada seseorang dengan cara mengejek dan merendah-rendahkan orang lain seperti mengejek-ejek nama ayah, mengejek bentuk tubuh 'body shamming' (buli mental). Perbuatan buli bukan saja terjadi di sekolah berasrama malah terjadi di sekolah harian. Seringkali murid yang dibuli akan merasa sedih, kecewa, merasa hilang keyakinan diri dan ada juga yang sampai mahu membunuh diri sendiri.


Bagi pembuli pula, dengan selalu membuli sejak di sekolah, maka wujudlah sikap kasar dalam diri mereka sekaligus membentuk watak penjenayah satu watak yang amat digeruni jika ia terjadi. Dasyat bukan?




Prihatin terhadap jiran tetangga 💙


Prihatin merupakan sikap ambil tahu tapi bukan sikap lebih tahu atau istilah hari ini kita panggil "membawang". Sikap prihatin terhadap jiran tetangga seperti mengunjungi jiran, memberikan senyuman ketika bersua dan memberikan bantuan sekiranya berlaku apa-apa kesusahan. Sikap ini dapat membentuk masyarakat yang penyayang sekaligus meningkatkan rasa kasih sayang sesama kita.




Ihsan🍁


Ihsan adalah berbuat baik terhadap apa yang ada disekeliling kita, pada manusia, pada haiwan serta alam sekitar dengan ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan. 

Sifat ihsan lahir dalam jiwa kerana dari jiwa lahirlah perbuatan yang baik :).




Mencintai Alam Sekitar 🌳


Siapa kita tanpa alam? Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi. Bagaimana sikap kasih sayang boleh dipupuk kepada alam sekitar? Caranya, janganlah buang sampah merata-rata, sayangi semua yang ada disekeliling anda. Jauhi vandalisme, dan sentiasa hargai apa yang ada disekeliling anda. 


love as always ✌️
#PSSprihatin


Comments